Ramai orang sekarang hanya mahu dilayan saja. Rasanya dibentuk oleh duniawi hari ini, membuatkan kita mahu dilayan, dipuaskan, dihiburkan, dan sebagainya. Dunia kita sekarang penuh dengan hiburan yang nampaknya memanggil-manggil kita, berlegar-legar sahaja di kepala....KK-Box...Wayang..dan Facebook (banyak lagi tu kan). Kita juga amat dipengarungi oleh cara kita berpakaian dan kadang-kadang orang yang berpakaian kot lebih dihormati. Budaya ini kita bawa juga dalam Gereja, kita mau dilayani, mau dihiburi (sebab kadang-kadang kita nilai Homili sebagai siok atau tidak),pakaian, dan lebih parah lagi bila kita rasa tidak perlu hormat pada altar (sebab terasa macam orang lemah/tidak berkuasa).
Sepatutnya Homili masuk kedalam pemikiran kita dan menyentuh hati, bukannya short-cut terus kebelakang...makan buah epal dan bukannya makan epal yang sudah dikunyah-kunyah orang, teda rasa dan zat sudah (contoh orang yang minta kena suap sahaja). Jadi, no short-cut tapi banyak-banyakkan kita merenung, membaca, dan mentaati firman Tuhan. Baru dapat zat kan..baru seimbang.
"Pernah terfikir kenapa orang zaman lampau lebih menghormati misa kudus."
No comments:
Post a Comment